Android Kini Platform Mudah Alih Paling Laju Untuk Layari Web – Google

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 26 Mar 2026 04:00:21

Google mengumumkan Android kini merupakan platform mudah alih paling laju untuk melayari web.

Menurut syarikat teknologi itu, peranti flagship Android terkini mengatasi semua pesaing mudah alih lain dalam penanda aras utama seperti Speedometer dan LoadLine. Peranti ini turut menawarkan “tahap respons yang sebelum ini tidak pernah dilihat pada peranti mudah alih”.

Telefon flagship Android mencapai skor tinggi baharu dalam penanda aras prestasi web (Chrome 146, Mac 2026)

Sebagai rujukan, Speedometer merupakan piawaian industri yang dibangunkan secara kolaboratif dan digunakan oleh pembangun enjin pelayar untuk mengukur tahap respons aplikasi web. Ia mensimulasikan tindakan pengguna sebenar bagi mengukur latensi interaksi.

Sementara itu, LoadLine ialah piawaian yang mensimulasikan keseluruhan proses pemuatan laman web, bagi mengukur kelajuan sesuatu halaman dimuatkan.

Speedometer (kiri) dan contoh beban kerja LoadLine (kanan)

Google memaklumkan bahawa ia bekerjasama dengan rakan SoC dan OEM terpilih untuk mengoptimumkan Chrome serta dasar penjadual kernel bagi mencapai kelajuan pelayaran web yang lebih pantas. Hasil penambahbaikan ini, sesetengah telefon flagship Android menunjukkan peningkatan skor Speedometer dan LoadLine antara 20-60% dari tahun ke tahun, berbanding model terdahulu.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa telefon Android premium mencatat skor sehingga 47% lebih tinggi berbanding pesaing bukan Android dalam ujian LoadLine.

Bagi pengguna, perubahan ini diterjemahkan kepada prestasi web sebenar yang lebih pantas, dengan pemuatan halaman (page load) adalah 4-6% lebih pantas untuk model baharu.

{suggest}

Android Kini Platform Mudah Alih Paling Laju Untuk Layari Web – Google WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts