by Oh! Semput
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil 20,000 guru baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan di seluruh negara.

Foto arkib: Facebook Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah ini merupakan persiapan awal KPM menjelang pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 serta kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela mulai tahun hadapan.
Artikel lain: Fadhlina minta guru & ibu bapa tak panik, UPSR, PT3 tak akan dikembalikan

Beliau menekankan bahawa inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia.

Foto arkib: Facebook Fadhlina Sidek
Semua calon yang memenuhi kelayakan dijemput untuk memohon dan maklumat lanjut mengenai pengambilan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
: Facebook Fadhlina Sidek