‘Alphard’ Hangus di Tuaran

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 27 Nov 2016 16:00:46

TUARAN: Sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard musnah selepas terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Simpangan Kampung Simpangan, di sini pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 10 kilometer itu pada jam 11.22 pagi.

Menurut pihak bomba, anggota bomba telah menggunakan satu aliran 200’1 pancutan dengan mendapatkan sumber air dari tangki jentera untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Surin Sipang bersama enam orang anggota itu berjaya dikawal pada 11.32 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts