by Oh! Semput
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berpendapat anak sulungnya, Qadejah El Zahra atau lebih dikenali sebagai Cess, masih belum mampu menyaingi keupayaan vokalnya walaupun kini semakin dikenali sebagai penyanyi.
Memetik laporan HibGlam, menurut Aliff Syukri Kamarzaman, 39, meskipun prestasi nyanyian Cess menunjukkan perkembangan positif ketika sesi rakaman baru-baru ini, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diperbaiki.

Dalam masa sama, Aliff percaya bakat seni sememangnya mengalir dalam keluarganya dan memaklumkan mereka bakal melancarkan tiga buah lagu raya baharu sempena Ramadan dan Aidilfitri akan datang.
Sementara itu, mengulas mengenai bakat nyanyiannya sendiri yang sering dipandang remeh, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengakui berasa terkilan dengan penerimaan industri hiburan terhadapnya.

Artikel lain: Aliff Syukri kata nak keluar lagu raya, tolong jangan sokong – Shahida
Terdahulu, isteri kepada Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mendedahkan suaminya itu mahu melancarkan lagu terbaru sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini.
Oleh itu, Shahida meminta orang ramai tidak memberi sokongan agar hasrat suaminya itu gagal menjadi kenyataan.
: HibGlam (Haikal Isa)