Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang Tahan Bot Nelayan Tempataan Kelas C Ceroboh Zon Tangkapan Ikan

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 10:01:57

KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana disyaki menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Kuantan, tengah malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata bot tersebut dikesan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 7.0 batu nautika di timur Tanjung Agas.

Beliau berkata kedudukan tersebut didapati melanggar syarat lesen kerana berada kurang daripada 12 batu nautika dari pantai.

“Bot tersebut ditahan pada pukul 12.15 pagi oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan rutin di bawah operasi penguatkuasaan di perairan negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh kru warganegara Vietnam termasuk tekong berusia antara 19 hingga 40 tahun berada di atas bot berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata pihak penguatkuasa turut menyita hasil laut yang dianggarkan seberat 300 kilogram yang dipercayai baru sahaja ditangkap oleh bot berkenaan.

Menurut beliau, bot bersama kesemua kru dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut dan siasatan oleh pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63. #BeritaRTM

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts